Date : Tuesday, July 27, 2010
Time : 4:06 AM
Title : Mempromosikan Budaya Melayu .
Langkah-langkah
yang boleh diambil oleh pihak sekolah
untuk
mempromosikan Budaya Melayu .
> Membuat aktiviti-aktiviti tentang Budaya Melayu .
Contoh :
• Mengadakan sesi pembentangan untuk murid-murid tentang Budaya Melayu . Dengan mengadakan aktiviti ini , murid-murid dapat mempelajari lebih mendalam tentang suatu topik berkaitan dengan Budaya Melayu . Selain itu , murid-murid juga dapat meningkatkan keyakinan diri mereka untuk membuat persembahan kepada ramai orang .
• Memberikan peluang kepada murid-murid untuk mencuba permainan tradisional Melayu . Aktiviti ini memberikan murid-murid peluang untuk mengatahui cara untuk bermain permainan tradisional itu . Selain itu , ia juga membolehkan murid-murid untuk mendapatkan pengalaman dalam bermain permainan tradisional .
• Menyediakan suatu pesta atau perayaan kecil khas untuk Budaya Melayu .
Aktiviti ini dapat mempromosikan budaya melayu dalam cara yang amat menarik . Selain itu , ia juga dapat mengeratkan hubungan murid-murid Melayu di sekolah itu .
Profile ♥
Nurul Asyiqin ; nama aku.
Dilahirkan pada 13/10/1997 (:
Belajar di YTSS ( 1e4 ) .
Boleh dihubungi melalui asyiqin_1997@hotmail.com