Blog hanya milik `ASYIQIN !
Date : Thursday, July 29, 2010
Time : 7:11 PM
Title : Makanan Melayu !


Makanan Melayu adalah sesuatu yang unik untuk orang Melayu .

Pada pendapat saya , makanan Melayu amat enak . Kebanyakan makanan Melayu mengandungi lemak , tetapi , ia tetap sedap juga (:

Sambal Belacan
Sambal belacan merupakan satu hidangan sampingan yang biasanya dimakan bersama ikan ataupun ulam. Sambal belacan pada amnya merupakan lada/cili yang ditumbuk bersama belacan, garam dan sedikit gula.

Sambal belacan juga boleh dicampurkan dengan tempoyak bagi menyedapkannya. Bagi mereka yang meminati sambal belacan pedas, cili padi atau juga dikenali sebagai cili api, akan digunakan bagi menggantikan lada besar.


Walaupun saya tidak begitu minat dengan sambal belacan , saya rasa bahawa rasa pedasnya unik kerana ia memang amat pedas dibandingkan dengan cili lain .

Asam Pedas

Asam Pedas memang terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka.

Kebiasaan masakan asam pedas bukan sahaja di hidangkan untuk keluarga di rumah malah masakan ini juga terdapat di kedai-kedai makan, restoran, juga di hotel-hotel yang terkemuka di negeri Melaka dan Johor. Ia bukan saja terkenal dan di sukai oleh penduduk negeri Melaka dan Johor sahaja bahkan pelancong dari dalam dan luar negara juga meminati masakan asam pedas ini.


Dodol

Ia sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka. Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol.

Kebiasaannya dodol akan dihidang kepada tetamu pada hari-hari tertentu seperti hari-hari perayaan dan majlis kenduri.

Otak-Otak

Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu “Otak-otak Terengganu” dan “Otak-otak Johor.”

Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai ‘spring roll’. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas.


{ Informasi didapati daripada Google dan Wikipedia }



Date : Tuesday, July 27, 2010
Time : 4:06 AM
Title : Mempromosikan Budaya Melayu .


Langkah-langkah
yang boleh diambil oleh pihak sekolah
untuk
mempromosikan Budaya Melayu .



> Membuat aktiviti-aktiviti tentang Budaya Melayu .

Contoh :

Mengadakan sesi pembentangan untuk murid-murid tentang Budaya Melayu .
Dengan mengadakan aktiviti ini , murid-murid dapat mempelajari lebih mendalam tentang suatu topik berkaitan dengan Budaya Melayu . Selain itu , murid-murid juga dapat meningkatkan keyakinan diri mereka untuk membuat persembahan kepada ramai orang .



Memberikan peluang kepada murid-murid untuk mencuba permainan tradisional Melayu .
Aktiviti ini memberikan murid-murid peluang untuk mengatahui cara untuk bermain permainan tradisional itu . Selain itu , ia juga membolehkan murid-murid untuk mendapatkan pengalaman dalam bermain permainan tradisional .



Menyediakan suatu pesta atau perayaan kecil khas untuk Budaya Melayu .

Aktiviti ini dapat mempromosikan budaya melayu dalam cara yang amat menarik . Selain itu , ia juga dapat mengeratkan hubungan murid-murid Melayu di sekolah itu .



Date : Friday, July 23, 2010
Time : 5:05 AM
Title :



Pengalaman Saya

Untuk beberapa hari untuk kelas Bahasa Melayu , Cikgu Zahara telah membuat kelas saya membuat banyak aktiviti berkenangan dengan Budaya Melayu . Salah satu aktiviti adalah membuat tinjauan , yang sudah saya terangkan di post yang lalu .

Selain itu , guru saya juga membawa Permainan Tradisional Melayu ke sekolah , untuk dicuba oleh kami . Saya bermain batu seremban bersama rakan-rakan saya . Kami berseronok bermain permainan itu (:

Cikgu Zahara juga menyuruh kami membuat kumpulan untuk melakukan sesuatu " projek " . Kami disuruh untuk memilih sesuatu tentang Budaya melayu seperti tentang makanan melayu , pakaian melayu , muzik melayu dan macam-macam lagi . Kemudian , kami perlu membuat sebuah pembentangan tentang topik yang telah dipilih itu .

Untuk kumpulan saya , kami memilih Puisi Melayu . Cikgu juga memberikan kumpulan saya cakera padat mengandungi puisi-puisi melayu untuk digunakan dalam persembahan kami . Pada pendapat saya , kumpulan saya membuat baik untuk persembahan kami (:

Saya telah mempelajari BANYAK tentang Budaya Melayu pada kelas-kelas itu . Saya juga berseronok membuat aktiviti-aktiviti yang telah disediakan oleh cikgu . ;D


Date : Thursday, July 22, 2010
Time : 7:31 PM
Title :


Five stones Pictures, Images and Photos

Permainan Tradisional

Pada satu kelas Bahasa Melayu , Cikgu memberi kami peluang untuk bermain Permainan Tradisional Melayu . Saya memilih Batu Seremban .

Saya meminati Batu Seremban kerana ia kelihatan senang tetapi agak susah juga . Oleh itu , ia menjadi suatu permainan yang menarik . Selain itu , Batu Seremban boleh dimain oleh ramai orang (:

Cara bermain Batu Seremban :


Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Buah Satu

Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.

Buah Dua

Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan.

Buah Tiga

Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak.

Buah Empat

Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.

Buah Lima

Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja.

Buah Enam

Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai.

Buah Tujuh

Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut.

Saya bermain Batu Seremban bersama kawan-kawan saya . Ia amat seronok dan lucu melihat percubaan kami . Kami juga bersorak dengan amat KUAT apabila satu antara kami berjaya sehingga buah tujuh . Sungguh seronok !



Date : Thursday, July 15, 2010
Time : 7:18 PM
Title : Hasil - hasil Tinjauan


Hasil Tinjauan untuk kelas saya .

( Gambar-gambar telah disediakan oleh Cikgu Zahara )

Tinjauan Persepsi Remaja Melayu Terhadap Kebudayaan Melayu

Daripada hasilnya , kelihatan ramai orang meminati Silat dan Muzik .

Ini mungkin kerana Silat dan Muzik amat menarik . Silat pula unik kerana ia adalah seni melayu dan juga ia sesuai untuk jantina perempuan dan lelaki . Muzik juga unik kerana ia berbeza daripada muzik budaya lain . Ada muzik melayu yang lemah-lembut , tetapi ada juga yang rancak .


Mengapakah kamu meminati Budaya Melayu ?

Kelihatan seperti ramai orang menyatakan bahawa mereka meminatinya kerana ia mengekalkan nilai-nilai murni . Saya setuju dengan perkara ini (:

Adakah Budaya penting ?

Ramai orang mengatakan bahawa budaya itu penting . Saya amat setuju kerana , tanpa budaya , kita tidak akan dapat tahu tentang identiti kita sebagai orang Melayu .

Sebab-sebab Budaya penting .


Date : Thursday, July 8, 2010
Time : 7:24 PM
Title : Tinjauan tentang Budaya Melayu


Tinjauan

Nama : Hayat bin Zailan
Jantina : Lelaki
Usia : 14 tahun

Adakah kamu meminati sebarang cabang budaya Melayu ?

- Silat [X]
- Muzik [ ]
- Puisi [ ]
- Pakaian [ ]
- Makanan [ ]
- Tarian [ ]
- Bahasa [ ]

Mengapa ?

Ia adalah seni yang unik kerana ia sesuai untuk lelaki dan perempuan pada pelbagai umur dan juga amat menarik untuk menyaksikan .

Adakah budaya penting ?

Ya .

Mengapa ?

Ini kerana jikalau budaya tidak dikekalkan , generasi hadapan tidak dapat mengetahui tentang idenititi mereka sebagai seorang Melayu .


Pada pendapat kamu , mengapakah remaja zaman kini tidak memintai budaya Melayu ?

Mungkin remaja-remaja masa ini berpendapat bahawa budaya orang Melayu tidak begitu bergaya , dibandingkan dengan budaya orang lain seperti orang Barat .

Ini adalah tinjauan yang dilakukan oleh saya kepada saudara saya . Saya amat setuju dengan pendapatnya kerana budaya memang penting dalam hidup seseorang . Jikalau budaya tidak dikekalkan , kita semua tidak dapat tahu tentang asal bahasa dan budaya kami .




  • Profile ♥

  • Nurul Asyiqin ; nama aku.
    Dilahirkan pada 13/10/1997 (:
    Belajar di YTSS ( 1e4 ) .
    Boleh dihubungi melalui asyiqin_1997@hotmail.com


  • Tagboard ♥


  • ShoutMix chat widget


  • Muzik ♥



  • May 2010
    July 2010


  • Links ♥

  • Arinah~
    Sabrina~
    Farahin~
    Iffah~
    Wanie !


  • Credits ♥

  • Designed by { ★CRUSHthespeaker }
    Thankful to { blogskins l xox }
    Blogged to { 53-percent }